ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 17. Memeriksa orang untuk mendapatkan nama dan alamat

Tiap-tiap orang yang berada dalam jagaan sah, yang oleh sebab ketidakupayaan kerana mabuk, sakit, gangguan mental ataupun masih kanak-kanak lagi tidak dapat memberikan keterangan yang memuaskan tentang dirinya, bolehlah diperiksa bagi maksud menentukan nama dan tempat kediamannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.