ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 66. Kewajipan menanggung nafkah anak yang diterima sebagai ahli keluarga.

(1) Jika seorang lelaki telah mengakui seorang anak yang bukan anaknya sebagai ahli keluarganya, lelaki itu adalah berkewajipan menanggung nafkah anak itu semasa ia masih seorang kanak-kanak setakat mana bapa dan ibu anak itu tidak berupaya berbuat demikian dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi kebajikan anak itu:

Dengan syarat bahawa kewajipan yang ditanggungkan kepada seorang lelaki itu hendaklah terhenti jika anak itu diambil balik oleh bapa atau ibunya.

(2) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seorang lelaki itu pada menanggung nafkah anak itu boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada bapa atau ibu anak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.