ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV



Seksyen 56. Prosedur jika kesalahan disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seseorang Pegawai Penguatkuasa Syariah ada sebab mengesyaki perbuatan sesuatu kesalahan maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Pendakwa supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, segera menghantar satu laporan mengenainya kepada Pendakwa, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai-pegawai bawahannya pergi ke tempat kejadian itu untuk menyiasat hal-hal dan keadaan kes itu dan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mendapatkan pesalah itu:

Dengan syarat-syarat berikut-
(2) Dalam tiap-tiap satu hal yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b) Pegawai Penguatkuasa Syariah yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya (jika ada) sebab-sebabnya yang dia tidak menurut dengan sepenuhnya sub-seksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.