ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 126. Tidak membuat laporan.

(1) Barang siapa yang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah Enakmen ini dengan sengaja cuai atau tidak berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.

(2) Barang siapa yang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau dikehendaki mengemukakan sesuatu permohonan di bawah Enakmen ini atau yang dikehendaki memberi apa-apa maklumat atau menyempurnakan atau menandatangani apa-apa dokumen yang perlu di sisi undang-undang bagi maksud melaksanakan pendaftaran dokumen itu dengan sengaja cuai atau tidak membuat laporan itu atau mematuhi kehendak itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.