ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN



Seksyen 49. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

(1) Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi bersama oleh kedua-dua pihak itu dalam masa pernikahan dibahagi antara mereka atau memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka.

(2) Pada menjalankan bidang kuasa yang diberi oleh seksyen kecil (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang-
dan tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah, dengan seberapa boleh, membuat pembahagian yang sama banyak.

(3) Mahkamah mempunyai bidangkuasa, apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa pernikahan dengan usaha-tunggal satu pihak kepada pernikahan itu dibahagi antara mereka atau apa-apa aset itu dijual dan hasil jualan dibahagi antara mereka.

(4) Pada menjalankan bidangkuasa yang diberi oleh seksyen kecil (3) Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada-

dan tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya menasabah:

Dengan syarat bahawa pihak yang memperolehi aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih tinggi.

(5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan mengenai aset yang diperolehi dalam masa pernikahan termasuklah aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum pernikahan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa pernikahan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usahasama mereka.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.