ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VI - AM



Seksyen 76. Perlindungan terhadap Majlis, Ahli dan kakitangan.

(1) Tiada ahli Majlis dikehendaki bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang dialami dari atau di luar jangkaan bagi mana-mana pelaburan yang dibuat menurut peruntukan-peruntukan Enakmen ini, atau apa-apa kegagalan untuk memungut atau mendapatkan apa-apa wang atau aset Majlis kecuali kerugian tersebut telah disebabkan oleh kecuaian yang disengajakan atau penipuan.

(2) Tiada ahli dan kakitangannya, agen atau sesiapa yang bertindak di bawah kuasa Majlis secara peribadi boleh dikenakan apa-apa tindakan atau prosiding untuk atau bagi maksud mana-mana perbuatan atau perkara yang dengan secara sucihati sama ada dilakukan atau tidak dilakukan bagi mana-mana hak atau kuasa Majlis atau ahlinya yang perlu dilaksanakan atau sepatutnya dilaksanakan.

(3) Public Authorities Protection Act 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai di dalam mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Majlis atau mana-mana pegawai atau kakitangan atau mana-mana ahli Jawatankuasa Majlis berhubung dengan apa-apa perbuatan atau keingkaran yang telah dilakukan olehnya di dalam kedudukannya yang sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.