ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 69. Anggapan tentang buku, peta dan carta.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang dirujuk untuk mendapat maklumat mengenai Hukum Syarak atau apa-apa perkara yang ada kepentingan awam atau kepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang kenyataan di dalamnya itu adalah nyataan yang berkaitan dengan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan diterbitkan oleh orang dan pada masa dan di tempat yang ia dinyatakan telah ditulis atau disiarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.