ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 126. Dokumen atau ekshibit.

(1) Apa-apa dokumen atau ekshibit yang dikemukakan sebagai keterangan dan diterima hendaklah ditandakan dan, melainkan Mahkamah memerintah sebaliknya, dokumen, ekshibit atau salinannya itu hendaklah disimpan dalam Mahkamah selama mana prosiding itu belum selesai dan sehingga tempoh untuk rayuan telah luput.

(2) Bagi maksud pengenalan suatu dokumen, ekshibit atau salinannya yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak oleh Mahkamah hendaklah juga ditandakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.