ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
BAHAGIAN III - KEWANGAN
Seksyen 42. Penubuhan Kumpulan Wang.
Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang akan dikenali sebagai "Kumpulan Wang" yang hendaklah terdiri daripada-
(a) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Enakmen ini, semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang terakru kepada Kumpulan Wang itu atau yang didermakan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana orang atau yang dikena dibayar kepada Kumpulan Wang itu menurut Hukum Syarak atau di bawah peruntukan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya;
(b) apa-apa wang yang dari semasa ke semasa didapati oleh Majlis secara pinjaman;
(c) semua wang sewa dan hasil jualan, keuntungan dan pendapatan dan semua wang yang didapatkan oleh Majlis secara langsung atau tidak langsung daripada harta atau pelaburan-pelaburan lain yang dipunyai oleh Majlis.
(d) semua wang yang didapatkan daripada pengendalian atas pelupusan apa-apa projek, skim atau perusahaan Majlis; dan
(e) semua wang lain yang dari semasa ke semasa dibayar kepada Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.