ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988


Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"agama bukan Islam" ertinya agama Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi, atau apa-apa virasi, varsi, bentuk, atau cabang mana-mana agama tersebut, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunian, yang mana salah satu daripada sifat-sifatnya ialah penyembahan sesuatu wujudan atau kuasa spiritual atau sakti, sama ada benar-benar ada, atau disangka ada, atau yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian kebijaksanaan spiritual, keselamatan spiritual, atau kewujudan spiritual, iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunian yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam;

"Negeri" ertinya Negeri Melaka;

"pegawai bertauliah" ertinya pegawai awam yang bertauliah di bawah seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini;

"Pendakwa Raya" ertinya Peguam Negara, dan termasuklah (di dalam bidang kuasanya) Timbalan Pendakwa Raya yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan acara jenayah;

"Pihak Berkuasa Negeri" ertinya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka;

"terbitan" ertinya apa-apa buku, majalah, pamphlet, risalah, atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa-apa bentuk keluarannya, dan termasuklah apa-apa bahan rakam suara.

(2) Bagi maksud Enakmen ini, sesuatu terbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai agama bukan Islam jika ia adalah, atau mengandungi apa yang kepada penganut-penganut atau anggota-anggota agama itu sebagai suatu buku suci atau buku asas, atau salah satu daripada teks-teks penting agama itu atau jika pada intipatinya ia adalah suatu terbitan yang--
(3) Walaupun sesuatu terbitan itu adalah terbitan mengenai agama bukan Islam dengan sebab itu termasuk di bawah perenggan (a), (b) atau (c) subseksyen (2), ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhannya adalah untuk kepentingan atau bagi faedah agama Islam atau kepentingan atau faedah umat Islam sebagai umat Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.