ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 75. Beban membuktikan fakta tertentu.

Beban membuktikan sesuatu fakta tertentu adalah terletak atas orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai wujudnya fakta itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu hendaklah terletak atas mana-mana orang tertentu.

MISALAN

A berkehendakkan Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu ia berada di suatu tempat lain. Ia mestilah membuktikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.