ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG
Zakat dan Fitrah.



Seksyen 123. Bantahan kepada bayaran Zakat dan Fitrah.


(1) Seseorang itu boleh membuat bantahan kepada Majlis terhadap sesuatu tuntutan kepadanya untuk membayar zakat dan fitrah. Majlis hendaklah menimbangkan bantahan itu dan boleh memerintah orang itu membayar banyak mana Zakat dan Fitrah yang dituntut daripadanya atau sebanyak mana kurangnya dari itu yang difikirkan patut oleh Majlis atau Majlis boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak payah dikenakan bayaran Zakat dan Fitrah atau kedua-duanya bagi setahun atau lebih.

(2) Keputusan Majlis ke atas bantahan yang dibuat di bawah seksyen ini adalah muktamat dan tidak boleh disoal dalam mana-mana Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.