ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 34. Anak dara lari daripada jagaan.

Seseorang anak dara atau thayyib yang lari daripada jagaan ibubapanya atau penjaganya yang sah tanpa sebab yang munasabah pada Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang sesuai mengenai anak dara atau thayyib tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.