ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 58. Sekatan ke atas penubuhan masjid.

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran secara bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid, atau selainnya menggunakan mana-mana bangunan bagi maksud-maksud masjid, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf kekal selama-lamanya.

(3) Masjid yang sudah dibina yang pembinaannya bukan dikelolakan oleh Majlis dan belum diserahkan kepada Majlis, hendaklah digunakan tertakluk kepada seksyen ini. Mana-mana pihak yang enggan mematuhi seksyen ini boleh didakwa di bawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa dan jika sabit kesalahan boleh didenda menurut peruntukan undang-undang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.