ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 77. Bentuk pertuduhan.

(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Enakmen ini hendaklah menyatakan kesalahan orang yang dituduh itu dipertuduhkan.

(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberikan nama yang spesifik kepadanya, kesalahan itu boleh dinyatakan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

(3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memberikan nama yang spesifik, seberapa banyak definasi kesalahan itu hendaklah dinyatakan supaya dapat memberi kepada orang yang dituduh itu pengetahuan berkenaan dengan perkara yang mana ia dituduh.

(4) Undang-undang dan seksyen undang-undang tentang kesalahan yang dikatakan itu telah melakukan hendaklah disebutkan dalam pertuduhan itu.

(5) Fakta bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu pernyataan bahawa tiap-tiap syarat perundangan yang dikehendaki oleh undang-undang bagi mewujudkan kesalahan yang dituduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.