ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Seksyen 12. Tamat pelantikan.
Pelantikan seseorang anggota Majlis yang dilantik hendaklah tamat—
(a)
apabila dia mati;
(b)
jika dia dengan surat yang dialamatkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui Pengerusi, meletakkan jawatannya; atau
(c)
jika dia tidak ada di Malaysia, tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi, selama tempoh melebihi enam bulan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.