ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 13. Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau 'urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau 'urf maka fakta yang berikut adalah qarinah:
(a) apa-apa transaksi yang dengannya hak atau 'urf yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan kewujudannya;
(b) hal-hal tertentu dalam mana hak atau 'urf itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau dalam mana pengguna nama telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan daripadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.