ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 99. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak daripada pendapatan

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang munasabah daripada pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pelajaran kanak-kanak itu dengan mengambil kira taraf kehidupan kanak-kanak itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang melebihi tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan daripada harta kanak-kanak itu yang ada dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi bagi maksud itu, atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan daripada harta modal kanak-kanak itu dan bagi maksud itu Mahkamah boleh membenarkan apa-apa bahagian daripada harta kanak-kanak itu dijual, digadaikan, atau digadaijanjikan dan boleh memberi apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.