ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 61. Tiada dorongan boleh diberikan.

(1) Tiada Pegawai Penguat kuasa Agama atau orang yang berkuasa boleh memberikan atau membuat apa-apa dorongan, ancaman atau janji kepada mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan untuk mendorong orang itu membuat apa-apa pernyataan yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu.

(2) Tiada Pegawai Penguat kuasa Agama atau orang lain boleh menghalang atau tidak menggalakkan mana-mana orang, dengan apa-apa amaran atau selainnya, dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya atas kemahuannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.