ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 40. Bila pensubahat boleh dikenakan seksaan tambahan bagi perbuatan yang disubahati dan bagi perbuatan yang dilakukan.

Jika perbuatan yang dilakukan adalah bertambahan kepada perbuatan yang disubahati dan menjadi suatu kesalahan yang tertentu maka bolehlah pensubahat dikenakan seksaan bagi tiap-tiap kesalahan itu jika pensubahat itu telah mengetahui kemungkinan perbuatan tambahan itu dilakukan.

MISALAN

A menghasut B supaya menentang dengan kekerasan suatu tahanan-harta yang dijalankan oleh seorang penjawat awam. B , oleh sebab itu, menentang tahanan-harta itu. Dalam menjalankan tentangan itu, B dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada pegawai yang melakukan tahanan-harta itu. Oleh kerana B telah melakuka kedua-dua kesalahan menentang tahanan-harta itu dan kesalahan menyebabkan dengan sengaja cedera parah itu, B bolehlah dikenakan seksaan bagi kedua-dua kesalahan ini; dan jika A telah ketahui bahawa B mungkin menyebabkan dengan sengaja cedera parah dalam menentang tahanan-harta itu, maka A bolehlah juga dikenakan seksaan bagi tiap-tiap satu kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.