ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR
Seksyen 159. Harta yang ditahan oleh perintah atau penghakiman oleh berbagai Mahkamah.
Jika harta itu tidak ada dalam penjagaan mana-mana Mahkamah semasa melaksanakan mana-mana perintah atau hukuman yang dibuat oleh lebih daripada satu Mahkamah, Mahkamah yang akan menerima atau menghasil harta itu dan yang akan menentu mana-mana tuntutan mengenainya dan bantahan terhadap tahanan itu hendaklah-
(a)
Mahkamah yang tertinggi bidangkuasanya; atau
(b)
Jika tidak ada perbezaan di dalam peringkat bidangkuasa antara Mahkamah-mahkamah tersebut hendaklah Mahkamah yang di bawah perintah atau penghakimannya harta itu mula-mula ditahan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.