ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 122. Penghakiman dalam alternatif

Apabila suatu sabitan adalah di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan diragu di bawah mana satu daripada dua seksyen atau di bawah mana satu daripada dua bahagian dalam seksyen yang sama dalam undang-undang itu kesalahan itu terjatuh, maka Mahkamah hendaklah menyatakan sedemikian dan menjatuhkan hukuman alternatif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.