ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 107. Tatacara Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah

Jika Mahkamah berpendapat bahawa mana-mana soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syarie, melaporkan hal keadaan kes itu kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak atau pihak berkuasa yang lain yang kepadanya Peguam Syarie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.