ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 191. Salinan dokumen.

Salinan asal apa-apa dokumen yang hendak digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding berhubungan dengan sesuatu permohonan hendaklah, jika ia boleh didapati, dibawa masuk, dan salinan bagi mana-mana dokumen itu atau mana-mana bahagiannya hendaklah dibekalkan bagi kegunaan Mahkamah atau diberikan kepada pihak-pihak lain dalam prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.