ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 124. Kecualian dan peralihan.

(1) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, semua kuasa Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini dan mana-mana sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya tentang Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen [Akta] terdahulu hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang Mahkamah di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.