ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Seksyen Pernyataan Yang Dibuat Dalam Keadaan Khas



Seksyen 23. Bila catatan yang dibuat dalam rekod awam pada melaksanakan kewajipan qarinah.

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau lain-lain buku awam atau rasmi yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan pengkhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang yang lain pada melaksanakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat oleh seseorang pengkhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang bagi negara di mana daftar, rekod atau buku itu disenggarakan, adalah dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.