ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 106. Enggan menandatangani kenyataan.

Mana-mana orang yang enggan menandatangani sesuatu kenyataan yang dibuat olehnya, apabila dikehendaki menandatangani oleh seseorang penjawat awam yang kompeten di sisi undang-undang menghendaki ia menandatangani kenyataan itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.