ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Seksyen 50. Keterangan sekunder.
Keterangan sekunder termasuklah-
(a)
salinan diperakui menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
(b)
salinan yang dibuat daripada naskah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya mempastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
(c)
salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskah asal;
(d)
naskah bertimbal dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;
(e)
penerangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen, yang diberi oleh orang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menanggapinya sendiri dengan apa jua cara.
MISALAN
(a)
Sesuatu gambarfoto bagi naskah asal adalah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun gambarfoto dan naskah asal itu tidak dibandingkan, jika sekiranya dibuktikan bahawa benda yang telah digambarfoto itu adalah naskah asal.
(b)
Sesuatu salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin penyalin adalah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika sekiranya dibuktikan bahawa salinan yang dibuat daripada mesin penyalin itu telah dibuat daripada naskah asal.
(c)
Sesuatu salinan yang disalin daripada salinan tetapi yang kemudiannya dibandingkan dengan naskah asal adalah keterangan sekunder; tetapi salinan yang tidak dibandingkan dengan naskah asal itu bukanlah keterangan sekunder mengenai naskah asalnya walaupun salinan yang daripadanya ia telah dibuat telah dibandingkan dengan naskah asal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.