ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 80. Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah masjid.

(1) Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua masjid di dalam Negeri dan setiap masjid bersama-sama dengan tanahnya, dan mana-mana tanah yang berhubungan dengannya dan digunakan bagi faedah masjid selain daripada tanah Kerajaan atau tanah rizab bagi maksud awam, hendaklah sebaik sahaja didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara, tanpa apa-apa penyerahanhak atau pindahmilik, terletakhak kepada Majlis bagi maksud Enakmen ini.

(2) Majlis bolehlah memberi kebenaran bagi mengimarahkan masjid.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.