ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 24. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan, membawa atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.