ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 60. Pernyataan kepada Pegawai Penguat kuasa Agama tidak boleh diterima sebagai keterangan

(1) Tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang Pegawai Penguat kuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, digunakan sebagai keterangan.

(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwa atau pihak pembela, selain tertuduh, Mahkamah hendaklah atas permintaan tertuduh atau Pendakwa Syarie merujuk kepada apa-apa pernyataan yang telah dibuat oleh saksi itu kepada seorang Pegawai Penguat kuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, dan boleh kemudiannya, jika difikirkan oleh Mahkamah suai manfaat demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinannya, dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu.

(3) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada seorang Pegawai Penguat kuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, maka pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.