ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 127. Susunan ucapan.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2)-

(2) Hakim boleh memberi arahan kepada pihak yang akan memulakan kes dan susunan ucapan dalam perbicaraan.

(3) Tertakluk kepada arahan Hakim di bawah subseksyen (2) dan peruntukan-peruntukan seksyen ini, pihak yang memulakan adalah berhak menggulungkan kesnya.

(4) Apabila plaintif telah mengemukakan semua keterangan bagi kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif, dan dalam hal demikian, defendan diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau menghujahkan bahawa tiada kes untuk dijawab.

(5) Jika defendan memilih untuk mengemukakan keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah mencatatkan keterangan yang dikemukakan itu, dan apabila defendan telah mengemukakan semua keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah meminta defendan mengemukakan hujah bagi menutup kesnya.

(6) Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah meminta plaintif mengulungkan kesnya bagi menjawab hujah defendan.

(7) Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen ini, tetapi tertakluk kepada subseksyen (8) dan (9), Hakim boleh mengarahkan mana-mana pihak mengemukakan hujah bertulis dalam apa-apa bentuk dan dalam suatu masa yang boleh diarahkan olehnya.

(8) Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa keterangan tetapi memilih untuk menghujah bahawa tiada kes untuk dijawab, Hakim hendaklah-

dan jika defendan enggan mengangkat sumpah Hakim hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (9), menolak kes defendan dan membenarkan tuntutan plaintif.

(9) Sebelum Hakim membenarkan tuntutan plaintif di bawah subseksyen (8), Hakim hendaklah-

dan jika plaintif enggan mengangkat sumpah, Hakim hendaklah menolak kesnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.