ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 90. Perbicaraan terhadap lebih daripada satu kesalahan.

(1) Jika kesalahan-kesalahan itu adalah dalam suatu siri perbuatan yang berkaitan di antara satu dengan yang lain sehingga menjadikan transaksi yang sama, orang yang dituduh dengannya boleh dituduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(2) Jika perbuatan-perbuatan yang dikatakan itu menjadi kesalahan-kesalahan yang tergolong di bawah dua atau lebih takrif kesalahan, orang yang dituduh dengan kesalahan-kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi setiap kesalahan itu.

(3) Jika beberapa perbuatan yang mana satu atau lebih daripada satu dengan sendirinya atau kesemuanya menjadi suatu kesalahan, dan apabila dikombinasikan menjadi kesalahan yang lain, maka orang yang dituduh melakukan kesalahan-kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi kesalahan yang wujud daripada perbuatan-perbuatan yang dikombinasikan itu, atau bagi mana-mana kesalahan yang wujud daripada salah satu ataupun lebih daripada perbuatan-perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.