ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 199. Merekod keterangan di dalam ketidakhadiran orang yang dituduh.

Jika dibuktikan bahawa orang yang dituduh telah tidak menghadirkan diri hingga tidak ada harapan untuk menangkapnya serta merta, Mahkamah yang kompeten membicarakan orang tersebut bagi kesalahan yang diadukan boleh di dalam ketidakhadirannya, memeriksa saksi-saksi (jika ada) yang dikemukakan bagi pihak pendakwa dan merekodkan deposisi mereka. Mana-mana deposisi tersebut boleh, apabila orang tersebut ditangkap, diberi sebagai keterangan di dalam perbicaraan di atas kesalahan di bawah mana dituduh, jika deponen itu telah mati atau tidak berupaya memberi keterangan atau kehadirannya tidak boleh diperolehi tanpa kelambatan, perbelanjaan atau kesusahan di mana memandangkan hal-keadaan kes adalah tidak munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.