ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB IX Memastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 119. Bila saksi perlu diperiksa.

Apabila saksi selesai memberi keterangan, Hakim hendaklah menyoalnya bagi memastikan kebenaran keterangan saksi tersebut.

Huraian- Jika dia berkata mana-mana saksi tidak bercakap benar atau mana-mana saksi itu adil tetapi saksi tersebut telah melakukan kesalahan dalam keterangannya atau saksi itu lupa fakta atau, katanya saksi itu adil tetapi dia menafikan dakwaan tersebut, Hakim Syariah tidak boleh memberi keputusan, kecuali terlebih dahulu memastikan saksi tersebut bersifat adil atau sebaliknya dengan pemeriksaan terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.