ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 57. Zakat biji-bijian.

(1) Zakat padi atau lain-lain tanaman yang wajib zakat, hendaklah dikeluarkan sebaik sahaja ia selesai dituai.

(2) Bagi tanaman yang diusahakan oleh seseorang lebih dari satu kawasan amil, maka amil-amil dalam kawasan berkenaan hendaklah menyenaraikan nama orang itu dalam senarai taksiran masing-masing, dan setelah dicampur pendapatannya dia hendaklah, jika cukup nisabnya, mengeluarkan zakatnya sama ada terus kepada Majlis atau kepada salah seorang amil yang diarahkan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.