ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 4. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa atau oleh kerana silap faham fakta percaya dirinya terpaksa di sisi undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa di sisi undang-undang melakukannya, oleh kerana silap faham fakta dan bukannya oleh kerana silap faham undang-undang, dengan suci hati percaya dirinya, terpaksa di sisi undang-undang melakukannya.

MISALAN

A., seorang pegawai Mahkamah, yang telah di perintah oleh Mahkamah itu supaya menangkap Y., dan selepas siasatan yang semestinya, dengan mempercayai Z. sebagai Y., menangkap Z. A. tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.