ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 79. Bila cara melakukan kesalahan itu mesti dinyatakan.

Apabila jenis kes itu berkeadaan bahawa butir-butir seperti yang tersebut di dalam kedua-dua seksyen terdahulu daripada ini tidak memberi pengertian yang mencukupi kepada orang yang dituduh mengenai perkara yang ianya dipertuduhkan maka pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi butir-butir berkenaan dengan cara mana kesalahan itu dilakukan setakat yang mencukupi bagi tujuan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.