ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 65. Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah.

(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah bagi membuat kaedah-kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri daripada-
(3) Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.

(4) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(5) Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.