ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 8. Kuasa menubuh perbadanan.

(1) Majlis boleh dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan sesuai bagi menjalankan, menjaga, dan mengurus sebarang projek, skim atau usaha yang telah dirancang atau dilaksanakan oleh Majlis pada menyempurnakan tugas-tugasnya di bawah seksyen 7.

(2) Majlis hendaklah, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, melalui perintah yang sama atau yang lain, membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) yang mentakrifkan-
(3) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.