ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - JAMINAN



Seksyen 190. Penjamin boleh memohon untuk pelepasan bon.

(1) Mana-mana penjamin untuk menjamin kehadiran seseorang yang telah dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa membuat permohonan kepada Hakim untuk pelepasan bon sama ada keseluruhannya atau setakat yang melibatkan pemohon-pemohon.

(2) Apabila permohonan itu dibuat, Hakim hendaklah mengeluarkan waran penangkapan mengarahkan supaya orang yang dilepaskan itu dibawa ke hadapannya.

(3) Apabila orang itu hadir menurut waran itu atau apabila ia menyerah diri dengan sukarela, Hakim Syarie hendaklah mengarahkan pelepasan bon itu, sama ada keseluruhannya atau setakat melibatkan pemohon-pemohon itu, dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika ia gagal berbuat demikian, Mahkamah boleh menghukum dia ditahan dalam penjara.

(4) Seseorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang dia menjaminkan kehadirannya dan dengan serta-merta membawanya di hadapan seorang Hakim, dan Hakim itu hendaklah mengarahkan pelepasan bon penjamin itu dan meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika orang itu gagal Mahkamah boleh menghukum dia ditahan dalam penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.