ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN.



Seksyen 113. Rekod dalam semua kes.

Dalam semua perbicaraan di hadapan mana-mana Mahkamah, keterangan daripada setiap saksi hendklah direkodkan dengan tulisan tangan yang dapat dibaca dengan mudah oleh Hakim yang bersidang dan hendaklah dijadikan sebahagian daripada rekod.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.