ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 175. Tatacara alternatif

Jika Mahkamah, dalam mana-mana kes, berpendapat bahawa seseorang yang dituduh atas mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 173 dan yang telah dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya adalah lebih baik diperlakukan melalui proses biasa undang-undang, Mahkamah itu, selepas merekodkan fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu dan pernyataan tertuduh, boleh mengarahkan supaya tertuduh didakwa, dan boleh menghendaki jaminan diberikan bagi kehadiran orang tertuduh itu di hadapan seorang Hakim atau, jika jaminan yang mencukupi tidak diberikan, boleh menghantar orang itu di bawah jagaan kepada Hakim lain untuk dibicarakan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.