ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 47. Fatwa tidak sah.


Seseorang yang memberi dan menghebahkan fatwa untuk diikuti oleh orang awam mengenai apa-apa soalan ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti dan yang telah diwartakan adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali dan fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.