ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG WAKAF
Seksyen 26. Kumpulan Wang Wakaf.
Kumpulan Wang Wakaf hendaklah terdiri daripada—
(a)
semua
mawquf
;
(b)
manfaat, faedah atau keuntungan yang diperoleh daripada mana-mana
mawquf
yang Majlis ialah
mawquf-alaih
nya;
(c)
wang atau nilai yang diperoleh melalui
istibdal
;
(d)
sumbangan, dan hasil saham wakaf, bon wakaf dan surat cara jaminan berharga yang lain, dan keuntungan daripada pelaburan, di bawah skim wakaf;
(e)
mawquf
yang diperoleh dari
Baitulmal
;
(f)
semua ganti rugi yang didapati di bawah Enakmen ini; dan
(g)
peruntukan atau sumbangan yang diterima daripada mana-mana pihak bagi maksud-maksud wakaf.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.