ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
BAHAGIAN VII - ORANG MEMELUK AGAMA ISLAM
Seksyen 68. Syarat memeluk Agama Islam.
(1) Syarat yang berikut hendaklah dipatuhi bagi seseorang yang memeluk Agama Islam iaitu -
(a)
orang itu hendaklah mengucapkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab;
(b)
pada masa mengucap dua kalimah syahadah itu, orang itu sedar bahawa ia bermakna "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah"; dan
(c)
pengucapan itu mesti dibuat dengan kerelaan hati orang itu.
(2) Seseorang yang tiada boleh bercakap boleh bagi maksud memenuhi kehendak perenggan
(a)
daripada subseksyen (1), mengucapkan dua kalimah syahadah dengan cara isyarat yang menunjukkan makna yang terkandung dalam perenggan
(b)
daripada subseksyen itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.