ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 145. Menangkap responden dalam kes-kes tertentu.

Apabila suatu rayuan dikemukakan terhadap sesuatu pembebasan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah mengeluarkan suatu waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya, dan boleh membenarkan dia mengikat jaminan sementara menanti rayuan itu dibereskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.