ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN, DLL.
Waran Geledah



Seksyen 47. Bentuk waran geledah.

(1) Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah secara bertulis di dalam Borang 4 dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran tersebut hendaklah berkuatkuasa untuk beberapa hari yang munasabah untuk ditetapkan di dalam waran itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.