ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 1 - AM
Seksyen 22. Pemberhentian tindakan.
Apabila berlaku pernikahan, kematian atau kebangkrapan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara-
(a) jika kausa tindakan luput mengikut Hukum Syara', prosiding itu hendaklah terhenti kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan
(c)
; atau
(b) jika kausa tindakan berterusan mengikut Hukum Syara', prosiding itu tidaklah terhenti atau menjadi cacat; atau
(c) dalam hal kematian selepas perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diberi, prosiding itu tidaklah terhenti dan penghakiman boleh diberi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.