ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 114. Hak pihak lawan tentang tulisan yang digunakan untuk menyemak ingatan.

Apa-apa tulisan yang dirujuk di bawah seksyen 112 atau 113 Enakmen ini mestilah dikemukakan dan ditunjukkan kepada pihak lawan, jika ia menghendakinya; pihak yang tersebut itu boleh jika ia suka, memeriksa balas saksi itu atas tulisan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.